- Ibnu Al Jauzi (510 H), seorang ulama ternama dalam madzhab Hambali juga banyak mendapatkan warisan dari ayahnya,diguna menampung perbelanjaan pendidikannya. Hal ini terungkap, tatkala ia memberi nasehat kepada anak-anaknya, agar senantiasa bersabar dalam mencari ilmu, dan senantiasa menjaga kehormatan diri.
Beliau menulis dalam Laftah Al Kabid, fi Nashihati Al Walad, tentang nasehatnya kepada anaknya, sewaktu mereka masih kecil: ”Ketahuilah wahai anakku, bahwa ayahku adalah seorang yang kaya, dan telah meninggalkan ribuan harta. Ketika aku baligh, ia memberiku 20 dinar dan 2 rumah. Lalu aku mengambi dinar untuk kubelanjakan buku, lalu aku jual rumah dan aku gunakan uangnya unyuk mencari ilmu, hingga harta itu habis tidak tersisa.
Ayahmu tidak terhina dikarenakan mencari ilmu, sehingga berkeliling ke negeri-negeri untuk mencari belas kasih orang lain. Aku merasa kecukupan, Allah berfirman: ”Barang siapa bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar dan memberi rezki dengan cara yang tidak disangka-sangka”.
Lalu beliau mengatakan, ”Maka, bersungguh-sungguhlah wahai anakku untuk tetap menjaga kehormatanmu, hingga tidak mencari-cari dunia yang akan menghinakan pemiliknya. Ada yang mengatakan bahwa, barang siapa qona’ah terhadap roti, maka ia tidak akan menjadi hamba bagi manusia”.
Ibnu Al Jauzi berani menempuh kesusahan di saat beliau mencari ilmu, antara lain kesusahan dalam rezeki, akan tetapi beliau tetap bersabar. Hingga ketika ilmu yang beliau peroleh sudah amat banyak, maka rezekilah yang mendatanginya
(Lihat biografi beliau dalam Tadzkirah Huffadz, Imam ad Dzahabi, 4/1347).
Thursday, 29 December 2011
Monday, 26 December 2011
Lenyapnya Agama kerana ...
Syekh Abdul Qair Al-Jailani ~ قال الشيغ عبد القادر الجيلاني
ذَهَابُ دِيْنِكُمْ مِنْ أَرْبَعَةٍ
١) إِنَّكُمْ لاَ تَعْمَلُوْنَ بِمَا تَعْلَمُوْنَ
...
٢) إِنَّكُمْ تَعْمَلُوْنَ بِمَا لاَ تَعْمَلُوْنَ
٣) إِنَّكُمْ لاَ تَعْمَلُوْنَ مَالاَ تَعْمَلُوْنَ فَتَبْقَوْنَ جُهَّالاً
٤) إِنَّكُمْ تَمْنَعُوْنَ النَّاسَ مِنْ تَعَلُّمِ مَالاَ يَعْلَمُوْنَ
"Lenyapnya agama kalian kerna empat hal: Kalian tdk mau mengamalkan ilmu yg kalian peroleh, kalain beramal tanpa ilmu, kalian tdk mau belajar hal2 yg tak kalian ketahui sehingga kalian tetap menjadi orang bodoh, kalian merintangi orang2 utk mempelajari sesuatu yg tdk mereka ketahui".
Monday, 8 August 2011
Al Quran
Untuk Mata hatimu dan Peganganmu
Ibnu Khaldun dalam buku “Muqaddimah” nya, ia menjelaskan bahwa pengajaran Al-Qur’an itu merupakan asas pengajaran bagi seluruh kurikulum, sebab Al-Qur’an merupakan salah satu “syiar agama” yang menguatkan aqidah dan mengukuhkan keimanan.
Ibnu Sina dalam buku “As-Siyasah” nya, menasihatkan agar kita mula mengajar anak dengan pengajaran Al-Qur’an. Seluruh potensi ana...k, baik jasmani maupun akalnya hendaknya dicurahkan untuk menerima pelajaran Al-Qur’an ini agar anak mendapat bahasa asli dan agar aqidah bisa mengalir dan tertanam kukuh dalam kalbunya.
Dr. Sayyid Quthub dalam Tafsirnya “Fi Zhilalil Qur’an” menegaskan bahwa maju dan mundurnya Umat Islam sangat tergantung kepada mengerti atau tidaknya umat terhadap kitab sucinya.
Prof. Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, (Guru besar Universiti Al-Azhar Kairo, dalam buku pengantar “Studi Al-Qur’an”, beliau mengatakan hendaknya musabaqah Al-Qur’an yang harus digalakkan adalah ‘Musabaqah Memahami Al-Qur’an’ bukan hanya membacanya.
Prof. Dr. M. Quraish Shihab dalam bukunya “Wawasan Al-Qur’an” mengatakan bahwa Al-Qur’an adalah ‘bacaan yang sempurna’, tiada suatu bacaanpun sejak menusia mengenal baca tulis sejak 5000 tahun yang lalu yang dapat menandingi Al-Qur’an al-Karim, bacaan sempurna lagi mulia. Al-Qur’an adalah sumber yang tak pernah kering
Kekafiran di negeri Islam
Syeikh Jamaluddin Al-afghani yang menerbitkan harian ”al-urwatul wutsqa” (ikatan yang kuat). Mungkin beliau geram (geram ingin melakukan sesuatu) terhadap umat Islam yang tidak kuat mengikat ke- Islam aannya dengan amalan yang sebenarnya, sehingga beliau berkata :
رَأَيْتُ اْلإِسْلاَمَ فىِ بِلاَدِ اْلكُفْرِ,وَ رَأَيْتُ اْلكُفْرَ فىِ بِلاَدِ اْلإِسْلاَمِ
”aku melihat ke Islam an di negri kafir, dan aku melihat kekafiran di negri Islam ”
Friday, 15 July 2011
Jangan mudah mengharamkan sesuatu tanpa nas
Syaikul Islam Ibnu Taimiyah berkata : " bahawa ulama2 salaf dulu tidak mau mengatakan haram, kecuali setelah diketahui dengan pasti."
Wednesday, 13 July 2011
kisah nafsu yang degil dengan perintah allah.s.w.t
Kebangkitan Rakyat created a doc.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : ..."Wahai akal mengadaplah engkau."Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Yang benar halal
Diriwayatkan Saidina Abu Bakar r.a. pada suatu hari seorang budak menghantar susu kepadanya. Lalu ia meminumnya. Setelah minum budak tersebut berkata kepadanya:
"Setiap saya menghantarkan sesuatu kepada tuan, pasti tuan akan memeriksanya dari mana didapati; tp mengapa tuan tidak tanyakan tentang susu ini?"
Abu Bakar pun beratanya :"Bagaimana cerita susu ini?"
Jawab budak itu : "Bahawa susu ini hasil dr upah sy menjampi (mentera) satu kaum dgn mentera jahiliyyah"
Lalu Abu Bakar memuntahkan semula susu tersebut dan berdoa:
"Ya Allah, hanya inilah yg dapat kulakukan, adapun yg tertinggal dalam urat2ku, Engkaulah (Ya Allah) dapat menghilangkannya".
"Setiap saya menghantarkan sesuatu kepada tuan, pasti tuan akan memeriksanya dari mana didapati; tp mengapa tuan tidak tanyakan tentang susu ini?"
Abu Bakar pun beratanya :"Bagaimana cerita susu ini?"
Jawab budak itu : "Bahawa susu ini hasil dr upah sy menjampi (mentera) satu kaum dgn mentera jahiliyyah"
Lalu Abu Bakar memuntahkan semula susu tersebut dan berdoa:
"Ya Allah, hanya inilah yg dapat kulakukan, adapun yg tertinggal dalam urat2ku, Engkaulah (Ya Allah) dapat menghilangkannya".
Subscribe to:
Posts (Atom)