Pages

Friday 15 July 2011

Jangan mudah mengharamkan sesuatu tanpa nas

Syaikul Islam Ibnu Taimiyah berkata : " bahawa ulama2 salaf dulu tidak mau mengatakan haram, kecuali setelah diketahui dengan pasti."

Wednesday 13 July 2011

kisah nafsu yang degil dengan perintah allah.s.w.t

Kebangkitan Rakyat created a doc.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : ..."Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
 

Yang benar halal

Diriwayatkan Saidina Abu Bakar r.a. pada suatu hari seorang budak menghantar susu kepadanya. Lalu ia meminumnya. Setelah minum budak tersebut berkata kepadanya:

"Setiap saya menghantarkan sesuatu kepada tuan, pasti tuan akan memeriksanya dari mana didapati; tp mengapa tuan tidak tanyakan tentang susu ini?"

Abu Bakar pun beratanya :"Bagaimana cerita susu ini?"

Jawab budak itu : "Bahawa susu ini hasil dr upah sy menjampi (mentera) satu kaum dgn mentera jahiliyyah"

Lalu Abu Bakar memuntahkan semula susu tersebut dan berdoa:
"Ya Allah, hanya inilah yg dapat kulakukan, adapun yg tertinggal dalam urat2ku, Engkaulah (Ya Allah) dapat menghilangkannya".

Sunday 10 July 2011

Yang mana dipilih

Ibnu Abbas ditanya seseorang :
"Bagaimanakah pendapat tuan tentang sifat dua orang: Yang satu banyak kebaikan, tapi banyak juga kejahatannya. Yang satu lagi sedikit kebaikannya dan sedikit pula kejahatannya, manakah yang lebih baik?"

Maka jawab Ibnu Abbas : "Aku tidak akan memilih selain daripada keselamatan".

sifat yang menjauhkan diri dengan syaitan

Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) 
Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.
Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.(utk dri sendri terlbih dhlu)

Syeikh syed Sabbiq

Pengarang kitab Fiqqih Sunnah

Saturday 9 July 2011

Pastikan anda adalah pejuang Islam

“ Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 org pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu.."
( Abu al-A'la al Maududi )