Pages

Wednesday 13 July 2011

Yang benar halal

Diriwayatkan Saidina Abu Bakar r.a. pada suatu hari seorang budak menghantar susu kepadanya. Lalu ia meminumnya. Setelah minum budak tersebut berkata kepadanya:

"Setiap saya menghantarkan sesuatu kepada tuan, pasti tuan akan memeriksanya dari mana didapati; tp mengapa tuan tidak tanyakan tentang susu ini?"

Abu Bakar pun beratanya :"Bagaimana cerita susu ini?"

Jawab budak itu : "Bahawa susu ini hasil dr upah sy menjampi (mentera) satu kaum dgn mentera jahiliyyah"

Lalu Abu Bakar memuntahkan semula susu tersebut dan berdoa:
"Ya Allah, hanya inilah yg dapat kulakukan, adapun yg tertinggal dalam urat2ku, Engkaulah (Ya Allah) dapat menghilangkannya".

No comments:

Post a Comment